Tuesday, August 3, 2010

Perfume For All ( PFA)

Perfume For All telah ditubuhkan atas pada awal tahun 2006. Ianya bermula apabila kami mendapati ramai pengguna di luar sana yang ingin menggunakan minyak wangi berjenama terkemuka tetapi sering terhalang akibat harganya yang terlalu tinggi. Jika mereka membeli sekalipun, pilihan yang dibuat terlalu berhati-hati kerana bukan sedikit wang yang akan dilaburkan. Untuk membeli minyak wangi tiruan pula, kualitinya pula tidak standing dengan yang asli. Maka, atas dasar inilah Perfume For All ditubuhkan – satu jenama yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan dan status kewangan.

Salah satu sebab mengapa pati haruman Perfume For All menjadi pilihan adalah kerana baunya yang kekal lama, produk yang berkualiti dan harganya yang berbaloi serta mampu dimiliki. Kami menjual pati haruman semata-mata tanpa campuran sebarang unsur-unsur lain seperti alkhohol, minyak putih mahupun aqua yang akan menyebabkan baunya berubah setelah dipakai beberapa ketika. Jadi, apa yang pelanggan kami terima adalah semata-mata pati pekatan haruman yang mampu bertahan sehingga sehari jika diletakkan di nadi dan sehingga 3 hari jika disapu di pakaian.

Perfume For All,

*B.M.W.T - Berbaloi, Murah, Wangi, Tahan Lama.

No comments:

Post a Comment